Netflix Akan Menerbitkan Siri Baru Berdasarkan Komik Frank Miller

Netflix Akan Menerbitkan Siri Baru Berdasarkan Komik Frank Miller

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Di dalam dunia komik nama Frank Miller memang cukup gah. Pelukis serta penulis komik veteran ini bertanggungjawab menghasilkan komik 300, Sin City, The Dark Knight Returns dan watak Elektra. Karya beliau yang seterusnya ialah novel grafik Cursed yang akan diadaptasi menjadi siri Netflix.

Netflix SansCursed berlatarbelakangkan legenda King Arthur tetapi dari pandangan Nimue yang kemudiannya menjadi Lady in The Water. Siri sepanjang 10 episod ini turut menerima garapan Tom Wheeler sebagai penulis. Novel grafik Cursed akan muncul pada tahun 2019. Netflix belum lagi berfungsi bilakan siri terbaru ini akan distrim menerusi perkhidmatan mereka.

Netflix nampaknya giat menerbitkan siri bertemakan komik selepas Disney mengumumkan mereka akan melancarkan platform penstriman mereka. Mungkin risua kehilangan hak ke atas siri milik Marvel mereka telah bekerjasama dengan Rob Liefeld untuk Extreme Universe serta melabur ke dalam syarikat milik Mark Millar (Kick Ass, Kingsmen)


TIPS & ULASAN