Logitech Melancarkan Fon Kepala Permainan Video G Pro Gaming Headset

Logitech Melancarkan Fon Kepala Permainan Video G Pro Gaming Headset

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Fon kepala untuk permainan video adalah aksesori yang amat diperlukan. Selain memastikan pemain dapat berkomunikasi dengan rakan sepasukan, ia turut mengurangkan bunyi bising dan memberi pengalaman pendengaran yang terbaik. Semalam, Logitech telah melancarkan fon kepala khusus untuk golongan gamer iaitu Logitech G Pro Gaming Headset.

 Logitech G Pro Gaming Headset ialah set fon telinga berwayar yang mampu mengasingkan bunyi melalui pad telinga kulit yang disediakan. Menurut Logitech, pad telinga fon kepala ini mempunyai pengasingan bunyi 50% lebih baik berbanding fon kepala lain.

Mikrofon yang terbina pada fon kepala ini boleh ditanggalkan dengan sistem membatalkan bunyi bising (noise cancellation) untuk berkomunikasi dengan lebih jelas. Set fon kepala terbaru Logitech ini akan dipasarkan bermula April 2018 pada harga $89 (~RM345).


TIPS & ULASAN