Cari @ Amanz

Servishero ialah sebuah perkhidmatan yang memudahkan anda untuk mencari pelbagai jenis perkhidmatan lain, termasuklah perkhidmatan membetulkan alat penghawa dingin, membersihkan rumah, pemunggahan barang dan sebagainya.

Terkini, nampaknya Servishero bakal hadir dengan Initial Coin Offering (ICO) mereka tersendiri, dan mereka akan menggunakan sistem rantaian blok untuk mengautomasi pelbagai sistem mereka, termasuklah padanan perkhidmatan, pembayaran dan penyelesaian pertikaian.

Sistem baru Servishero ini akan menggunakan Servishero Coin yang dibina diatas platform rantaian blok Ethereum bersama-sama dengan Origin Protocol. Ia bukan sahaja menggunakan sistem rantaian blok tersebut untuk tujuan membina kriptowang, tetapi juga untuk membolehkan Servishero berkhidmat dengan lebih cekap.

Dalam pada itu, Servishero juga menyatakan bahawa mereka akan mula memperkenalkan padanan perkhidmatan untuk kerja-kerja rekaan grafik, selain daripada padanan perkhidmatan rumah sahaja, untuk memasuki pasaran pekerjaan global yang dianggarkan bernilai $250 bilion.

Menurut Servishero lagi, kertas kerja dan butiran mengenai ICO Servishero Coin mereka akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi, dan para pelabur yang benar-benar berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ICO ini bolehlah melayari laman web Servishero Coin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd