Cari @ Amanz

Menggunakan media sosial ialah sesuatu yang normal bagi manusia yang hidup di kurun ke-21. Media sosial boleh digunakan secara positif untuk mengumpul pendapat orang ramai. Tetapi sekiranya tersilap kata anda akan dikecam teruk atau di dalam kes serius didenda puluhan ribu oleh mahkamah. Carl Pei, pengasas OnePlus menerima kecaman teruk selepas memuat naik status Twitter yang memuji penggunaan skrin bertakuk.

Akibat dari kecaman yang bertubi-tubi, kicauan tersebut telahpun dipadam oleh beliau. Sudah terlewat untuk peminat merungut tentang penggunaan skrin bertakuk kerana OnePlus 6 sudah disahkan akan menggunakannya. Seperti pada Vivo X21. takuk yang bakal digunakan adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan iPhone X.

Seperti kata Carl Pei, sudah tiba masanya untuk menerima kewujudan skrin bertakuk. Jika anda tidak menyukainya, terdapat peranti lain keluaran pesaing OnePlus yang tidak menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd