LG sebelum ini membatalkan pelancaran LG G7 di acara MWC 2018 kerana ingin membangunkan semula peranti tersebut. Namum dua minggu lalu laporan mengatakan LG G7 dijangka hadir sekitar Mei 2018 dengan skrin bertakuk. Semalam, LG membuat satu bebenang perbincangan di Reddit mengenai skrin bertakuk dan mengumpul pendapat orang ramai mengenai rekaan ini
Hasil maklum balas ini akan akan dikongsi terus dengan unit penyelidikan dan pembangunan LG . Setakat ini terdapat lebih 300 maklum balas orang ramai yang tidak menggemari rekaan skrin bertakuk dan berpendapat ianya tidak efisien.
Tetapi adakah LG akan mendengar maklum balas ini dan mengubah rekaan LG G7 yang dikatakan mungkin mempunyai skrin bertakuk? Jika anda ingin memberikan maklum balas peribadi anda, sila ke pautan di bawah.