Google Sedang Menguji Rekaan Pelancar Untuk Pixel 3

Google Sedang Menguji Rekaan Pelancar Untuk Pixel 3

Diterbitkan pada Mac 30, 2018 oleh .

Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL adalah antara telefon pintar terhebat. Ini kerana ia dijalankan dengan sistem operasi Android asli terus dari Google dan mempunyai bantuan kecerdasan buatan untuk menjadikan prestasi peranti ini lebih lancar.

Semalam, seorang ahli XDA menemui beberapa barisan kod daripada fail .apk pelancar Pixel Launcher yang memberi petanda kewujudan Pixel 3. Barisan kod itu menunjukkan perubahan pada rekaan talam carian pada dermaga pelancar dan juga pada talam carian dalam laci aplikasi.

pixel_2018_qsb_use_two_bubbles
pixel_2018_qsb_mic_stroke_width_dp
pixel_2018_qsb_mic_opacity

Rekaan kedua-dua talam carian ini membawakan rekaan baru yang memisahkan ruangan carian teks dan ikon carian menggunakan kawalan suara seperti di atas.

Adakah ini rekaan Material Design 2.0 akhir yang bakal hadir pada Android P? Sama-sama kita nantikan pengumuman Google mengenai rekaan Material Design 2.0 ini acara Google I/O pada Mei 2018 kelak.


TIPS & ULASAN