Cari @ Amanz

Kadang kala dalam kita mengejar masa, kita terpaksa melanggar pelbagai undang-undang yang sedia ada. Kerap kali kompaun dikenakan kerana kesalahan seperti meletak kereta di tempat yang tidak dibenarkan. Kami akui kerap terlepas pandang jumlah kompaun yang diterima kerana kehilangan kertas saman yang diletakkan pada cermin kereta.

Oleh itu aplikasi DBKL MOBiS (Mobile Information Center) boleh digunakan bagi melihat jumlah sebenar kompaun di bawah nama anda. Maklumat lengkap tentang lokasi, tarikh dan nilai kompaun turut dapat diakses dengan mudah oleh pengguna. Selain itu aplikasi ini turut memberikan maklumat lokasi kaunter pembayaran dan nombor-nombor telefon talian Hotline DBKL seperti Unit Tunda misalnya.

Buat masa ini ia menyokong platform Android dan iOS. Ia juga boleh digunakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kini anda tiada lagi alasan untuk tidak membayar kompaun trafik yang pernah diterima.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd