Huawei Turut Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

Huawei Turut Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

Diterbitkan pada Mac 30, 2018 oleh .

Huawei P20 Pro baru sahaja dilancarkan awal minggu ini dengan inovasi di dalam teknologi kamera. Sistem tri-kamera dengan zoom optikal serta sensor gergasi 40-Megapixel digunakan bagi memberikan kemampuan fotografi yang terbaik bagi peranti mudah alih setakat ini. Di masa hadapan seperti Samsung, Oppo dan Apple, mungkin Huawei akan turut melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat.

Sebuah paten untuk peranti skrin boleh lipat telah difailkan oleh syarikat pengeluar peranti nombor tiga di dunia ini pada 19 September tahun lalu. Rekaan engsel seakan sebuah Microsoft Surface Book. Apabila di dalam posisi terbuka, peranti ini kelihatan seperti sebuah telefon biasa tanpa ruang di bahagian tengah seperti ZTE Axon M.

Tahun lalu CEO Huawei Richad Yu mengesahkan pihak mereka sedang membangunkan sebuah peranti boleh lipat. Malahan sebuah prototaip sedang diuji tetapi mempunyai ruang diantara dua skrin. Selagi masalah ini tidak diselesaikan, Huawei tidak akan melancarkan sebuah peranti boleh lipat walaupun ia disasarkan untuk memasuki pasaran tahun ini.


TIPS & ULASAN