Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Dilancarkan Lebih Awal Tahun Ini

Samsung Galaxy Note 9 Mungkin Dilancarkan Lebih Awal Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 30, 2018 oleh .

Samsung Galaxy Note 9 sudahpun mula diuji dan markah penanda aras phablet ini sudah mula muncul di laman penanda aras Geekbench. Pembangunan tahun ini adalah lebih awal berbanding Note 8. Menurut laporan The Investor, tahun ini Note 9 mungkin akan mula dijual seawal bulan Julai.

Sebab ia memasuki pasaran lebih awal adalah kerana jualan Galaxy S9 yang dikatakan lebih rendah dari sasaran Samsung. Oleh itu Note 9 akan dilancarkan lebih awal sebelum model terbaru iPhone dilancarkan pada bulan September. Tahun ini Note 9 juga dipercayai akan dilengkapi skrin lebih besar 6.38 inci tetapi tidak mempunyai pengimbas cap jari terbina dalam skrin.


TIPS & ULASAN