Sharp Menawarkan Diskaun 33% Selama 33 Hari Untuk Produk Terpilih

Sharp Menawarkan Diskaun 33% Selama 33 Hari Untuk Produk Terpilih

Diterbitkan pada Mac 30, 2018 oleh .

Sharp Malaysia kini telah melancarkan kempen promosi jualan produk mereka bersempena dengan ulang tahun Sharp kali ke 33. Kempen ini dilancarkan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para pengguna setia Sharp. Apa yang menarik pada kempen ini adalah ia akan diadakan selama 33 hari di tempat yang berbeza dengan 3 promosi yang berlainan ditawarkan oleh pihak Sharp, bermula 29 Mac hingga 30 April ini.

Antara produk yang ditawarkan pada promosi pertama yang bermula 29 Mac hingga 8 April ini adalah 32-inci HD Ready Basic TV (RM649.00) dan Inverter Plasmacluster Air Conditioner 1.5 HP (RM1,493.00). Seterusnya, bagi promosi kedua pula 9 April hingga 19 April akan menawarkan produk seperti 40-inci Full HD Basic Tv (RM999.00) dan No Hole Model Washing Machines 9KG (RM978.00). Manakala, bagi promosi ketiga pula pada 20 April hingga 30 April ini akan menawarkan produk seperti 50-inci Full HD Basic TV (RM1,808.00) dan Air Cooler 6 Liter (RM280.00). Pelbagai lagi tawaran produk Sharp yang akan diberikan kepada pengguna sewaktu kempen ini berlangsung.

Bersempena dengan kempen promosi ini juga, Sharp Malaysia turut menawarkan 33 cabutan bertuah buat para pengguna. Pengguna yang membeli barangan Sharp berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 dan layak untuk bersaing bagi cabutan bertuah. Pengguna juga berpeluang membawa pulang tiga daripada produk Sharp yang bernilai RM33 sahaja. Produk tersebut adalah 60-inci Android 4K Televisyen, 800 liter Peti Sejuk Hikaru atau Penghawa Dingin inverter J-Tech dan alat Pembersih Udara Lembap.

Bagi maklumat lanjut untuk produk yang menerima diskaun, dan bagi pengguna yang telah membeli barangan produk Sharp pada kempen promosi tersebut, anda bolehlah mendaftarkan diri di laman rasmi yang disediakan Sharp, atau mengikuti perkembangan terkini mereka menerusi halaman Facebook.

Layari: Promosi Ulangtahun Sharp ke-33


TIPS & ULASAN