GoPro Hero Dijual Bermula 3 April Pada Harga RM 949

GoPro Hero Dijual Bermula 3 April Pada Harga RM 949

Diterbitkan pada Mac 30, 2018 oleh .

Kamera aksi GoPro Hero dilancarkan semalam dan merupakan yang pertama oleh mereka yang dijual pada harga mampu milik. Bagi pengguna yang ingin memilikinya di Malaysia, ia akan mula dijual pada harga RM949 bermula 3 April hadapan.

Ini diumumkan menerusi laman rasmi GoPro Malaysia. Kamera aksi ini juga akan dijual secara eksklusif di Lazada. Harga jualan di Malaysia adalah hampir RM 180 lebih mahal berbanding harga jualan di Amerika Syarikat iaitu $200 (RM 771).

GoPro Hero merakam video pada resolusi maksimum 1440P 60FPS. dan rakaman gambar pula ialah sehingga 10-Megapixel. Hero juga tidak menggunakan sensor GP1 serta tiada sokongan GPS. Tetapi ia masih kalis air sehingga 33 kaki. Kesemua aksesori GoPro yang dihasilkan boleh digunakan bersama kamera ini.


TIPS & ULASAN