Carian
MyFitnessPal Mengesahkan Kebocoran Data Besar Melibatkan Lebih 150 Juta Akaun Pengguna
March 30, 2018 Effi Saharudin

Adakah anda pernah menggunakan aplikasi MyFitnessPal yang dibangunkan oleh Under Armour? Sekiranya ya, anda perlu mengubah kata laluan anda dengan kadar segera telah berlaku kebocoran data yang besar melibatkan penggunanya.

MyFitnessPal mengesahkan berlakunya kebocoran data yang melibatkan 150 juta pengguna. Kebocoran ini hanya dikesan pada 25 Mac lalu dan sebenarnya berlaku pada bulan Februari. Maklumat yang bocor ialah nama pengguna, alamat emel dan kata laluan yang telah disulitkan. Maklumat kad kredit walaubagaimanapun tidak terjejas.

MyFitnessPal sudah mula menghantar emel menasihatkan pengguna untuk mengubah kata laluan dan akan mempertingkatkan sistem keselamatan mereka selepas insiden ini.

Komen