Google Audiobook Dikemaskini Bagi Menyokong Fungsi Bookmarks Dan Mengawal Kelajuan Bacaan

Google Audiobook Dikemaskini Bagi Menyokong Fungsi Bookmarks Dan Mengawal Kelajuan Bacaan

Diterbitkan pada Mac 30, 2018 oleh .

Bagi mereka yang terlalu sibuk dengan kerja, membeli buku-audio ialah alternatif kepada membaca buku. Januari yang lalu Google Play mula menawarkan pembelian audiobooks pada platform mereka. Setelah mengumpul maklum balas, perkhidmatan ini telah dikemaskini dengan beberapa fungsi yang amat berguna.

Google Play AudiobookPertama sekali kini terdapat fungsi Bookmarks yang membolehkan kuotasi menarik dari buku disimpan dan didengari semula dengan mudah. Smart Resume turut diperkenalkan di mana ayat dibaca dari perkataan pertama selepas bacaan dihentikan sementara. Dengan ini pendengar tidak keliru apabila audio bacaan dimulakan semula di pertengahan ayat.

Terdapat kawalan kepantasan bacaan sehingga 3X. Jika terlalu pantas, bacaan turut boleh diperlahankan ke 0.5X kelajuan normal.

Fungsi Family Library pula dikembangkan ke 13 lagi negara. Melalui Family Library sebuah buku boleh dikongsi bersama ahli keluarga. Akhir sekali buku audio kini boleh dikawal menggunakan Routines Google Assistant.


TIPS & ULASAN