Cari @ Amanz

Fungsi penstriman video secara langsung diperkenalkan oleh Twitter pada tahun 2015 menerusi Periscope. Kerap kali apabila pengguna ingin berkongsi babak menarik video secara langsung ini, mereka perlu menaik waktu ianya berlaku. Twitter telahpun memperkenalkan fungsi baru Timestamps akan memudahkan perkongsian babak menarik video secara langsung ke susur masa.

Apabila menonton video secara langsung yang telah dimuat naik, pengguna boleh menekan butang Share. Butang kawalan video akan terpapar pada skrin dan pengguna kemudian memilih bila masa klip video ingin dikongsi. Selepas ini dilakukan tekan butang New Tweet untuk berkongsi ke laman Twitter. Apabila pautan ditekan oleh pengguna, video akan dimainkan dari babak yang telah dipilih tadi.Fungsi ini te disokong pada aplikasi Android, iOS dan laman web bermula hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd