Sebelum ini, kita telah melihat penawaran diskaun untuk perjalanan ke beberapa destinasi oleh Grab. Terkini, mereka mengumumkan kerjasama bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memberikan diskaun untuk perjalanan menuju ke hospital.
Pengguna hanya perlu menggunakan kod promo GRABMOH untuk perjalanan ke atau dari sejumlah hospital terpilih. Melaluinya, pengguna akan menerima diskaun sebanyak RM4, dan terhad kepada empat perjalanan.
Promosi ini diterhadkan kepada 5000 penebusan pertama setiap bulan, dan berlaku antara 1 April 2018 sehingga 28 Februari 2019 kelak.
Anda boleh menyemak hospital yang menyertai promosi ini melalui halaman rasmi Grab hari ini. Ia dilihat, melalui kaedah ini, kadar trafik kenderaan dan kesukaran mencari parkir akan dapat dikurangkan.
Guna Grab ke hospital. Lupakan masalah parkir. https://t.co/xXWvo4ZSyl
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 30, 2018