Cari @ Amanz

Selain kemaskini untuk peranti mudah-alih, Apple kini turut telah menawarkan kemaskini macOS terbaru, yang mana melaluinya ia turut menyertakan sokongan untuk GPU luaran tambahan, sekaligus membolehkan anda melakukan pelbagai tugasan yang memerlukan grafik lebih berkuasa terus melalui komputer macOS anda.

GPU luaran tambahan telah sedia ditawarkan oleh sejumlah pengeluar hari ini. Melaluinya, ia dihubungkan menggunakan sambungan Thunderbolt 3, sekaligus membolehkan anda menambah kuasa grafik tambahan – terutamanya pada komputer riba.

Buat masa ini, Apple hanya menawarkan sokongan untuk kad grafik luaran daripada AMD sahaja, dan ia boleh digunakan pada MacBook Pro 2016 dan terkini, atau iMac 2017 dan terkini. Pengguna perlu memasang macOS High Sierra 10.13.4 untuk menikmati ciri baru yang dinamakan sebagai eGPU ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd