Cari @ Amanz

Luno, salah satu penyedia khidmat kriptowang sebelum ini telah dibekukan akaun bank mereka, sekaligus membuatkan pelbagai transaksi pemindahan wang ke akaun bank pengguna tempatan mengalami kelewatan. Kini, selepas melalui pelbagai fasa perbincangan, proses pengeluaran semula daripada Luno telah pun dimulakan kembali.

Menurut Luno, mereka akan memproses pengeluaran yang tertangguh secara manual bersama Maybank buat masa ini, dan pada 23 April 2018 kelak, mereka akan mengaktifkan kembali ciri pengeluaran wang daripada platform mereka – dan memulakan pemprosesan pengeluaran baru berkenaan mulai 2 Mei 2018 kelak.

Seperti biasa, transaksi pengeluaran akan dilakukan secara berperingkat, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum anda dapat melihatnya pada akaun anda. Luno turut mengatakan semua transaksi kini diproses manual, yang mungkin mengambil sedikit masa, serta sedikit caj pengurusan akan dikenakan oleh Maybank.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd