Google Menamatkan Perkhidmatan Pemendek URL Goo.gl

Google Menamatkan Perkhidmatan Pemendek URL Goo.gl

Diterbitkan pada Mac 31, 2018 oleh .

Google sebelum ini sedia menawarkan perkhidmatan pemendek URL dinamakan Goo.gl, sekaligus memudahkan sesiapa sahaja memendekkan URL yang panjang, selain melihat statistik seperti pengguna yang klik dan sebagainya.

Ia sebelum ini telah dilancarkan pada 2009 yang lepas, dan kini Google dilihat akan menamatkan perkhidmatan berkenaan. Google mengatakan semua pengguna yang tidak pernah mencuba Goo.gl, tidak lagi boleh mencipta URL yang pendek melalui Goo.gl bermula 13 April 2018 kelak.

Semua pautan pendek Goo.gl yang telah dijana sebelum ini akan terus beroperasi, dan akses ke konsol Goo.gl akan dihentikan (kepada pengguna yang sedia menggunakannya) selepas 30 Mac 2019 kelak.

Sebagai alternatif, Google mengalakkan penggunaan Firebase Dynamic Links, atau menggunakan perkhidmatan alternatif seperti Bit.ly.


TIPS & ULASAN