Cari @ Amanz

Setiap tahun, pada minggu pertama April, pihak Xiaomi menyambut ulang-tahun mereka dengan mengadakan Mi Fan Festival. Bersempena dengannya juga, sejumlah promosi akan diadakan, dan kini untuk tahun 2018, ia kembali sekali lagi.

Dijadualkan pada 6 April 2018 ini, Xiaomi Malaysia akan mengadakan sambutan Mi Fan Festival 2018. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah promosi yang akan diadakan oleh Xiaomi untuk pengguna tempatan.

Berkemungkinan kita akan melihat potongan harga untuk beberapa peranti pintar dan telefon keluaran Xiaomi – dan sekiranya beruntung, kita juga mungkin melihat penawaran beberapa produk baru untuk pasaran tempatan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Xiaomi untuk Mi Fan Festival pada 6 April 2018 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd