Ketika anda memainkan permainan video, salah satu perkara yang akan berlaku pada diri anda adalah kekurangan tenaga. Untuk mengatasinya, kini Razer memperkenalkan Project Venom, jus tenaga yang boleh dikawal dengan perisian Razer Synapse.
Project Venom V2 diperkenalkan khusus untuk kaki-gamer yang membolehkan mereka mendapatkan tenaga dengan mudah dan meneruskan permainan tanpa masalah. Jus ini juga mengandungi ekstrak ginseng, ekstrak guarana dan mempunyai Vitamin B. Lebih menarik lagi, jus ini mempunyai green-tint dengan nanobot yang aktif. Nanobot ini memberikan tenaga tambahan dan boleh dikawal melalui perisian Razer Synapse.
Selain itu, jus ini juga turut memberi seseorang itu mampu fokus pada tahap 500% tambahan dengan 5000 FPS, meningkatkan kelajuan menekan papan kekunci sehingga 9000APM dan juga meningkatkan kelajuan penggunaan tetikus.
Razer turut memberi amaran jus ini tidak boleh diambil lebih daripada 1 botol dalam masa 2 jam. Jika dilihat pada video, gamer tersebut berubah menjadi hiper dan tidak boleh dikawal
Seperti biasa, ini sekadar jenaka April Fool sahaja, dan kemungkinan produk ini direalisasikan adalah sangat rendah.