Google Jepun sering tidak mengecewakan pada setiap 1 April, dan untuk tahun 2018 ini, mereka hadir dengan jenaka kreatif memfokuskan kepada input papan kekunci pada komputer.
Melalui idea jenaka kreatif Google Jepun, mereka hadir dengan Gboard Physical Handwriting. Ia merupakan sebuah peranti kecil yang dihubungkan antara papan kekunci dan juga ke komputer. Dengan memasangnya, anda dapat melakukan input ke komputer dengan melarikan jari pada papan kekunci untuk melakar sesuatu huruf. Google seterusnya akan menggunakan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dalam mengenal-pasti input huruf yang dilakukan.
Selain jenaka kreatif melalui video, Google Jepun juga turut menyediakan halaman GitHub khusus untuk Gboard Physical Handwriting ini. Anda juga boleh mencuba demo ringkas dengan ke laman Tegaki hari ini, dan melakukan input menggunakan papan kekunci komputer anda.
- Info
- Cuba : Google Gboard Physical Handwriting