Carian
(April Fool) Pokemon Go Mengubah Paparan Watak Pokemon Kepada Bentuk 8-bit
April 1, 2018 Aman

Bersempena dengan tarikh 1 April 2018, pelbagai syarikat hadir dengan jenaka kreatif mereka tersendiri, dan penerbit permainan Pokemon Go turut tidak ketinggalan.

Pokemon Go

Pemain permua Pokemon Go akan mula melihat perubahan pada paparan koleksi Pokemon mereka, dimana ia diperlihatkan dalam bentuk 8-bit berbanding paparan grafik biasa. Secara kasar, peminat Pokemon akan dapat mengenal-pasti pelbagai watak Pokemon ini tanpa masalah. Perubahan hanya pada paparan koleksi watak Pokemon anda sahaja, dan bukannya pada keseluruhan permua berkenaan.

Daripada pengamatan kami, tidak semua watak Pokemon ditukar kepada bentuk 8-bit, tetapi hanya segelintir sahaja.

Bagi anda yang masih memainkan permua Pokemon Go ini, boleh menyemak aplikasi anda hari ini, dan melihat sendiri perubahan yang dibawakan oleh penerbitnya hari ini.

Komen