Carian
(April Fool) Xiaomi Mi A1 2018 Akan Dilengkapi Enam Kamera
April 1, 2018 Effi Saharudin

Huawei P20 Pro dilancarkan dengan tiga kamera utama pada bahagian belakang. Ini ialah inovasi seterusnya di dalam teknologi fotografi peranti mudah alih. Walaubagaimanapun kemampuan kamera P20 Pro ini bakal dipintas oleh Xiaomi Mi A1 2018.


Pihak Xiaomi mengesahkan hari ini Xiaomi Mi A2 2018 akan dilengkapi dua kali ganda lebih banyak kamera berbanding P20 Pro. Enam kamera disusun pada bahagian belakang peranti. Dengan kombinasi hexa-kamera ini pastinya gambar akan menjadi semakin berkualiti dengan rakaman video pada resolusi 8K dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.

Komen