Sindiket Penyeludupan iPhone Menggunakan Dron Ditumpaskan Di China

Sindiket Penyeludupan iPhone Menggunakan Dron Ditumpaskan Di China

Diterbitkan pada Apr 1, 2018 oleh .

Peranti iPhone mungkin dikilangkan di China tetapi ia tidak dijual pada harga mampu milik di negara ini. Menarik sekali harga jualan iPhone adalah lebih murah berbanding di China. Ini adalah kerana China mengenakan cukai yang lebih tinggi terhadap Apple kerana ia bukan syarikat tempatan. Oleh itu terdapat sindiket yang menyeludup iPhone dari Hong Kong.

Minggu ini pihak berkuasa China dan Hong Kong berjaya mematahkan sindiket penyeludupan iPhone. Sindiket ini unik kerana mereka menggunakan dron bagi menjalankan operasi. Dua dron digunakan untuk merentang kabel di antara dua bangunan di Shenzen dan Hongkong. Kabel ini kemudian digunakan sebagai sistem penyeludupan iPhone.

Operasi penyeludupan ini dipercayai sudah dijalankan sejak enam bulan yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut iPhone bernilai HK$ 620 juta (~RM 305 juta) berjaya diseludup masuk. Operasi tidak disedari kerana beroperasi di waktu malam dengan bilik yang dipasang dengan bahan peredam bunyi. Sebanyak 27 orang suspek telah ditahan oleh pihak berkuasa dan 4900 iPhone bernilai HK$ 24.5 juta turut dirampas.

Menurut pihak berkuasa, ini ialah insiden pertama dron digunakan dalam operasi penyeludupan iPhone. Sebelum ini ia dipakai seperti baju zirah pada tubuh penyeludup dan disorokkan di dalam bot nelayan.


TIPS & ULASAN