Jika anda benar-benar ingin menikmati audio tanpa gangguan, kami mengesyorkan anda membeli sepasang fon kepala dengan active noise cancellation (ANC). Sistem peredam bunyi aktif ini menghalang audio dari luar dari mencemari muzik yang ingin didengari.
Marshall, syarikat yang terkenal dengan speaker gitar elektrik telah melancarkan Marshall Mid ANC. Fon telinga Bluetooth ini mempunyai pemacu sebesar 40mm. Menurut Marshall, fon telinga boleh berfungsi selama 40 jam sebelum perlu dicas. Ia turut mempunyai sambungan berwayar 3.5mm bagi membolehkannya berfungsi apabila kehabisan bateri.
Seperti speaker Marshall dan telefon pintar Marshall London sebelum ini, Mid ANC mempunyai kemasan Tolex yang digunakan pada amplifier gitar elektrik mereka. Marshall Mid ANC dijual pada harga $269 (~RM 1039) sepasang.