Carian
(Ura-Ura) Huawei P20 Mungkin Ditawarkan Pada Harga RM2599, Huawei P20 Pro Pada RM3299
April 1, 2018 Aman

Huawei Malaysia bakal melancarkan telefon pintar Huawei P20 dan Huawei P20 Pro secara rasminya pada 3 April 2018 ini. Namun, seperti biasa, terdapat penjual tempatan yang telah mula menyenaraikan pra-tempahan untuk telefon pintar ini melalui laman Lazada.

Huawei P20 hadir dengan skrin 5.8-inci RGBW LCD, cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3400mAh. Ia dilengkapi kamera hadapan 24-megapixel untuk selfie, selain dwi-kamera Leica pada bahagian belakang.

Huawei P20 Pro pula hadir dengan skrin 6.1-inci OLED, cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Huawei P20 Pro turut menyertakan sokongan kamera hadapan 24-megapixel, selain tri-kamera belakang dengan lensa sehingga 40-megapixel dibahagian belakang. Huawei P20 Pro juga turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.

Kedua-duanya menawarkan sokongan rakaman gambar pada keadaan cahaya malap dengan baik, selain rakaman video gerak-perlahan 960fps.

Daripada penyenaraian penjual tempatan, Huawei P20 akan ditawarkan pada harga RM2599, dan Huawei P20 Pro pula dijangka ditawarkan pada harga RM3299. Pautan pra-tempahan untuk kedua-dua telefon pintar ini dilihat tidak lagi aktif – sekaligus memberikan petanda ia mungkin berubah sebelum 3 April 2018 ini.

Huawei P20 Harga Malaysia

Pada harga penawaran ini, ia boleh dikatakan agak kompetitif jikalau dibandingkan dengan pelbagai jenama yang lain. Kita akan melihat pengesahan pihak Huawei secara rasminya mengenai harga jualan tempatan ini pada 3 April 2018 ini.

Terima kasih untuk tips daripada Cruzz.

Komen