Cari @ Amanz

NVIDIA merupakan salah satu pengeluar kad grafik yang tidak asing lagi bagi para peminat permainan video. Hari ini, mereka turut menyertai jenaka kreatif 1 April dengan mengumumkan GeForce Academy of Gaming.

GeForce Academy

Daripada laman khusus yang disediakan, NVIDIA menamakan tiga kursus pembelajaran, iaitu Hardware Studies, Esports Management, dan juga Gameosophy. Menariknya adalah, NVIDIA turut menyenaraikan pelbagai topik pembelajaran dibawah setiap kursus berkenaan, dimana setiap topik hadir dengan penerangan kreatif tersendiri.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak GeForce Academy of Gaming ini hari ini, dan melihat sendiri pelbagai penawaran topik pembelajaran NVIDIA ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd