Sistem Always On Display Samsung Galaxy S8 Dan Note 8 Kini Menyokong GIF Beranimasi

Diterbitkan pada Apr 2, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sistem Always On Display (AOD) Samsung membolehkan skrin peranti memaparkan notifkasi dan waktu sepanjang masa apabila skrin dimatikan. Ia diperkenalkan buat pertama kali pada Galaxy S7 tetapi sistem yang sama terlebih dahulu ditemui pada peranti Nokia. AOD telah dikemaskini untuk Galaxy S8 dan Note 8 hujung minggu lalu. Ia kini menyokong paparan GIF beranimasi.

Sebelum ini apabila GIF beranimasi dipilih hanya imej statik dipaparkan. Galaxy S9 ialah peranti pertama yang menyokong GIF beranimasi. Untuk menikmati fungsi AOD terkini ini, pengguna Galaxy S8 dan Note 8 perlu terlebih dahulu megemaskini peranti ke Android Oreo. Kemudian kemaskini AOD menerusi Galaxy Apps untuk versi terkini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami