Cari @ Amanz

Sejak tahun lalu kemampuan kamera pada telefon pintar meningkat dengan mendadak. Dengan Samsung Galaxy S9, iPhone X dan Huawei P20 Pro, kemampuan kamera telefon pintar adalah cukup baik untuk digunakan oleh golongan profesional. Ini menjurus kepada fenomena jurugambar Instagram yang semakin popular.

Kemampuan kamera telefon pintar mungkin baik tetapi terdapat beberapa kekurangan. Kit lensa sudah lama dihasilkan dan kini wujud pula aksesori penuras yang membolehkan gambar diambil dengan lebih profesional. NiSi Prosories P1 ialah kit penuras dan polariser yang terkini di pasaran.

Dengan penuras dedahan gambar langit dan bumi dapat dilakukan dengan lebih mudah tapa masalah dedahan berlebihan. Polariser yang disertakan pula membolehkan gambar subjek di belakang cermin diambil tanpa masalah. Kerana ia menggunakan sistem klip, Proseries P1 boleh digunakan pada kesemua model telefon pintar. Ia dijual pada harga $40 (~RM 154) untuk satu set.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd