Honor Malaysia hari ini telah melancarkan kedai atas-talian rasmi di Lazada, sekaligus memudahkan para pengguna tempatan untuk mendapatkan telefon pintar jenama Honor melalui laman e-dagang popular berkenaan.
Menariknya, bersempena dengan pelancaran kedai atas-talian rasmi ini, pihak Honor Malaysia turut menawarkan diskaun untuk sejumlah peranti mereka, daripada Honor 10 View, sehinggalah kepada peranti terbaru, Honor 9 Lite.
Bagi anda yang berminat dengan peranti Honor, boleh mendapatkan peranti berkenaan pada harga murah – untuk masa yang terhad hari ini.
- Honor View 10 – RM1899 di Lazada
- Honor 8 Pro – RM1499 di Lazada
- Honor 7X – RM899 di Lazada
- Honor 9 Lite – RM749 di Lazada
- Honor 6A Pro – RM499 di Lazada