Honor Memperkenalkan Ciri Nyah-Kunci Berasaskan Wajah Pada Honor 7X Dan Honor 9 Lite

Honor Memperkenalkan Ciri Nyah-Kunci Berasaskan Wajah Pada Honor 7X Dan Honor 9 Lite

Diterbitkan pada Apr 2, 2018 oleh .

Honor Malaysia kini mengumumkan pengenalan kemaskini untuk Honor 7X dan Honor 9 Lite, dimana melalui kemaskini baru ini ia menawarkan sokongan nyah-kunci berasaskan wajah untuk kedua-dua telefon pintar berkenaan.

Honor Face Unlock

Seperti ramai sedia maklum, ciri nyah-kunci berasaskan wajah sedikit popular pada pelbagai peranti akhir-akhir ini, memudahkan pengguna untuk mengakses peranti dengan lebih pantas berbanding keperluan memasukkan kata laluan dan sebagainya.

Kedua-dua telefon pintar ini menggunakan sokongan kamera hadapan untuk ciri ini – dan dilihat lebih kepada memudahkan pengguna mengakses peranti yang dikunci berbanding dengan sekuriti.

Kemaskini untuk Honor 7X telah boleh sedia dimuat-turun, sementara untuk Honor 9 Lite ia dijangka diperkenalkan bermula daripada 3 April 2018 kelak.


TIPS & ULASAN