Cari @ Amanz

NVIDIA dijangka mengumumkan kehadiran kad grafik terbaru mereka berdasarkan GPU Turing mereka yang dikatakan mempunyai prestasi kuasa yang cukup menggerunkan sekali, dan akan dinamakan NVIDIA GeForce GTX 1180 Ti.

Dari segi spesifikasi khusus, kad grafik ini dilihat akan hadir dengan kelajuan asas 2.2GHz dan kelajuan Boost Clock sehingga 2.5GHz, memori GDDR6 16Gbps sebanyak 32GB dan jumlah teras CUDA sebanyak 10,752 yang dikatakan lebih berkuasa daripada dua kad grafik NVIDIA GeForce GTX Titan V didalam konfigurasi SLI.

Menurut laporan dari WCCFTech, kad grafik ini dikatakan bukan sahaja boleh menggerakkan permainan komputer pada resolusi 4K dan kadar segar semula 120Hz, tetapi juga mampu menggerakkannya pada resolusi 8K.

Beberapa carta graf penanda aras permainan video pada resolusi 4K juga diperlihatkan, dan prestasinya jauh meninggalkan kad-kad grafik seperti NVIDIA GTX 1080 Ti dan juga GTX Titan V.

WCCFTech juga melaporkan bahawa ada kebarangkalian besar bahawa kad grafik NVIDIA GTX 1180 Ti ini akan hadir dengan tanda harga $749 apabila ia diumumkan oleh NVIDIA di masa akan datang. Buat masa ini tiada sebarang berita hadir mengenai kad grafik ini, yang dikatakan dibina untuk tujuan melombong kriptowang sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd