Intel Kini Hadir Dengan Paten Untuk Pemecut Perkakasan Bitcoin – Teknologi Yang Mengoptimasikan Lombongan Kriptowang

Intel Kini Hadir Dengan Paten Untuk Pemecut Perkakasan Bitcoin – Teknologi Yang Mengoptimasikan Lombongan Kriptowang

Diterbitkan pada Apr 2, 2018 oleh .

Pada 16 September 2016, Intel memfailkan paten untuk teknologi Bitcoin Mining Hardware Accelerator, ataupun “pemecut perkakasan Bitcoin” yang mampu membantu para pelombong kriptowang untuk melombong dengan lebih cekap.

Paten tersebut, yang dinamakan “Bitcoin Mining Hardware Accelerator With Optimized Message Digest and Message Scheduler Datapath” merupakan sebuah cip pemprosesan yang mengurangkan jumlah tenaga yang digunakan untuk melombong kriptowang melalui fungsi SHA-256.

Intel menyatakan dengan cip yang dipatenkan ini, penggunaan tenaga sewaktu menjalankan fungsi SHA-256 tersebut boleh dikurangkan sebanyak 35 peratus.

Walaupun pada asalnya cip ini digunakan untuk perkakasan ASIC (Application-specific Integration Circuit), Intel juga berkata ia boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain, seperti System-on-a-Chip, cip pemprosesan dan sebagainya.

Buat masa ini, Intel masih belum mengumumkan bilakah cip-cip pemecut perkakasan Bitcoin ini akan hadir di pasaran.


TIPS & ULASAN