Cari @ Amanz

Grab dan Uber pada minggu lepas telah mengumumkan penyatuan perniagaan di Asia Tenggara, dan Grab akan meneruskan operasi, sementara Uber akan menerima pegangan sebanyak 27.5% pada Grab. Dengan langkah ini juga, ia sekaligus membawa kepada Grab hampir memonopoli pasaran tempahan pengangkutan melalui aplikasi.

Hari ini, bercakap lanjut mengenainya, Grab dikatakan telah berjanji yang mana mereka tidak akan meningkatkan harga mereka selepas pengambil-alihan perniagaan Uber di Asia Tenggara.

Kerajaan sendiri akan memantau supaya ia tidak memberikan impak yang negatif kepada pasaran. Ia dikatakan, Grab telah diberitahu yang mana sekiranya terdapat diskriminasi harga yang berlaku, kerajaan akan mengambil langkah dibawah Akta Persaingan Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd