Google sebelum ini telah sedia hadir dengan siri telefon pintar Pixel, tetapi hadir dengan spesifikasi tinggi – sekaligus menawarkan harga yang premium. Perkara ini menjadikan telefon pintar berkenaan kurang sesuai untuk dipasarkan di beberapa buah negara – terutamanya negara-negara yang membangun.
Kini, dengan inisiatif Google seperti peranti Android Go dan juga Android One, hadir desas-desus mengatakan Google turut akan hadir dengan telefon Pixel berspesifikasi pertengahan.
Menurut Economic Times, iamungkin hadir seawal Julai atau Ogos ini, dan lebih menyasarkan pasaran seperti India.
Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Sekiranya perkara ini benar, maka kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran ini dalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang.