WhatsApp Kini Memudahkan Anda Memberitahu Rakan-Rakan Berkenaan Perubahan Nombor Telefon

WhatsApp Kini Memudahkan Anda Memberitahu Rakan-Rakan Berkenaan Perubahan Nombor Telefon

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

WhatsApp sedia mempunyai ciri penukaran nombor telefon terbina, dan menariknya kini pihak WhatsApp menjadikan ciri berkenaan lebih berguna berbanding sebelum ini.

Melalui perubahan baru ini, anda bukan sahaja boleh membuat perubahan nombor telefon dan mengekalkan pelbagai tetingkap sembang seperti sebelumnya – tetapi turut menghantar notifikasi kepada rakan-rakan anda mengatakan yang mana anda telah mengubah nombor telefon anda.

WhatsApp Change Number

Pengguna akan diberikan pilihan sama ada untuk menghantar notifikasi kepada semua yang tersenarai dalam buku alamat, atau hanya kepada kenalan dengan tetingkap sembang sahaja di WhatsApp. Anda juga boleh menghantar notifikasi secara individu kepada kenalan yang anda pilih sahaja.

Pengguna WhatsApp boleh mengakses ciri baru ini melalui Settings > Account > Change Number.


TIPS & ULASAN