Apple Dilaporkan Akan Menggunakan Cip Tersendiri Pada Mac – Menggantikan Cip Intel

Diterbitkan pada Apr 3, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah mula hadir dengan beberapa komponen yang direkabentuk oleh mereka tersendiri dalam penawaran sistem yang lebih efisyen sebelum ini. Terkini, Bloomberg melaporkan yang mana Apple mungkin sedang membangunkan cip pemprosesan tersendiri untuk Mac, sekaligus menggantikan penggunaan cip Intel pada Mac.

Langkah perubahan ini dikatakan mungkin berlaku seawal 2020 kelak.

Ia dikatakan inisiatif ini dikenali dengan nama Kalamata didalam Apple, dan masih pada peringkat awal pembangunan. Strategi baru daripada Apple ini dikatakan akan memudahkan pelbagai peranti keluaran mereka daripada iPhone, iPad dan Mac beroperasi dengan lebih kurang sama dan boleh diintegrasikan antara satu sama lain.

Jikalau diperhatikan pada hari ini, di iPhone, iPad dan Apple Watch, pihak Apple merekabentuk sendiri cip pemprosesan mereka, sekaligus mengoptimasikan dari segi penggunaan, sistem operasi, dan ketahanan bateri. Dengan merekabentuk cip tersendiri pada Mac juga, ia akan memudahkan lagi integrasi menyeluruh antara perisian dan perkakasan oleh pihak Apple.

Seperti biasa, buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat awal. Maka, terdapat kemungkinan kita akan melihat perubahan ini dalam beberapa tahun ini – ataupun ia juga mungkin tidak berlaku sama sekali.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami