Carian
Samsung Galaxy S6 Tidak Akan Lagi Menerima Kemaskini Sekuriti
April 3, 2018 Effi Saharudin

Hayat purata peranti utama Android ialah sekitar tiga tahun. Kita kini di bulan April dan ia menandakan ulang tahun ke-tiga Samsung Galaxy S6 dilancarkan di Malaysia. Bagi pemilik Galaxy S6, S6 Edge dan S6 Active, peranti anda tidak akan lagi menerima kemaskini sekuriti. dari Samsung. Ini disahkan oleh laman Samsung Mobile Security kerana S6 tidak lagi di dalam senarai peranti yang disokong.

Kali terakhir peranti ini menerima kemaskini ialah pada  bulan Februari lalu dalam bentuk kemaskini sekuriti. Ini juga bermakna hayat S6 berakhir dengan penggunaan Android Nougat. Bagi pengguna yang masih ingin menggunakan peranti ini tanpa perlu risau tentang kemaskini keselamatan, anda mungkin boleh mencuba Custom ROM seperti Lineage OS yang menyokongnya sehingga hari ini.

Komen