Honor 7A Dilancarkan Di China – Huawei Nova 2 Lite Dengan Spesifikasi Lebih Rendah

Honor 7A Dilancarkan Di China – Huawei Nova 2 Lite Dengan Spesifikasi Lebih Rendah

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Huawei ialah syarikat yang melancarkan sebuah peranti baru hampir setiap bulan. Di China mereka baru sahaja melancarkan Honor 7A kurang seminggu selepas Huawei P20 dilancarkan. Honor 7A ialah sebuah peranti kelas permulaan yang sebenarnya adalah sebuah Huawei Nova 2 Lite dengan spesifikasi lebih rendah.

Ia dilengkapi skrin 5.7 inci HD+, dijana pemproses Snapdragon 430, memori sebesar 2GB RAM, storan 32GB, kamera utama 13+2 Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh. Ini bermakna Honor 7A mempunyai skrin dan saiz RAM lebih kecil berbanding Nova 2 Lite.

Honor 7A menggunakan Android 8 dengan pelancar EMUI 8. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang dan juga nyahkunci menggunakan wajah. Di China ia mula dijual hari ini pada harga RMB 799 (~RM 492) sebuah dalam warna hitam, emas dan biru.


TIPS & ULASAN