HTC U12+ Dijangka Diperkenalkan Sekitar Bulan Mei
HTC

HTC U12+ Dijangka Diperkenalkan Sekitar Bulan Mei

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

HTC boleh dikatakan sedikit ketinggalan dalam arena telefon pintar dari segi pegangan saham pasaran dan sebagainya jikalau dibandingkan dengan beberapa tahun lepas. Malah, mereka turut telah menjual sebahagian daripada pasukan mereka kepada Google sebelum ini.

Namun, ia tidak membuatkan pihak HTC berputus asa dalam arena berkenaan. Untuk tahun 2018 ini, HTC dijangka hadir dengan peranti utama mereka HTC U12+, dan menurut laporan awal kini, HTC dijangka memperkenalkannya sekitar bulan Mei ini.

HTC U12+ ini dijangka dilengkapi skrin 6-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan ruangan storan sehingga 128GB. Ia turut dijangka menggunakan dwi-kamera 12-megapixel dan 16-megapixel dibelakang, selain dwi-kamera hadapan 8-megapixel. Ini sekaligus menjadikan HTC U12+ hadir dengan 4-kamera bersama dengannya.

Seperti sebelum ini, HTC U12+ ini turut dijangka dilengkapi ciri Edge Sense yang membolehkan pengguna mengakses beberapa ciri dengan memicit badan peranti berkenaan.


TIPS & ULASAN