Oppo F7 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada April Ini

Oppo F7 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada April Ini

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Oppo sebelum ini telah melancarkan Oppo F7, dan kini pihak Oppo Malaysia mengesahkan yang mana telefon pintar ini akan dilancarkan di Malaysia pada bulan April ini.

OPPO F7

Oppo F7 merupakan telefon pintar berskrin 6.23-inci dengan paparan HD-penuh daripada Oppo, hadir dengan rekaan skrin bertakuk pada nisbah 19:9, dijana menggunakan cip MediaTek Helio P60, memori 4GB/6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Oppo F7 menggunakan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 25-megapixel.

Oppo F7 meneruskan fokus terhadap selfie dengan ciri AI Beauty 2.0, dan bateri berkapasiti 3400mAh.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai harga jualan dan juga tarikh ia mula dijual dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN