Google Kini Mengharamkan Pemalam Melombong Kriptowang Dari Chrome Web Store

Google Kini Mengharamkan Pemalam Melombong Kriptowang Dari Chrome Web Store

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Pemalam yang melombong kriptowang bukanlah sesuatu yang baru. Melalui pelayar web Google Chrome dan Chrome Web Store, dan boleh digunakan untuk melombong pelbagai kriptowang seperti Ethereum dan Monero melaluinya.

Google kini dilihat mengharamkan pemalam-pemalam yang didapati melombong kriptowang di Chrome Web Store kerana mereka menerima banyak aduan mengenai pemalam yang melombong kriptowang secara rahsia, selain daripada pemalam-pemalam yang memang diketahui melombong kriptowang tersebut.

Masalah di sini ialah kesemua pemalam yang melombong kriptowang ini menggunakan kuasa CPU yang agak tinggi, dan ini menyebabkan prestasi komputer-komputer yang menggunakan pemalam ini menjadi perlahan.

Google sedar akan masalah ini, dan telahpun bekerja keras untuk membuang pemalam-pemalam yang melombong secara rahsia ini. Pada hari ini, mereka juga mengumumkan bahawa mereka tidak akan membenarkan apa-apa pun pemalam yang melombong kriptowang di platform Chrome Web Store, dan menjelang bulan Jun kelak, semua pemalam-pemalam yang melombong kriptowang akan dibuang daripada platform tersebut.

Akan tetapi, Google juga berkata bahawa pemalam yang menggunakan teknologi rantaian blok akan dibenarkan di Chrome Web Store, dan tidak akan diharamkan selagi ia tidak melombong kriptowang.


TIPS & ULASAN