Unifi Wireless Broadband Kini Ditawarkan Pada Harga RM79 Sebulan Untuk 60GB

Unifi Wireless Broadband Kini Ditawarkan Pada Harga RM79 Sebulan Untuk 60GB

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Telekom Malaysia sebelum ini telah hadir dengan penawaran Unifi Home untuk talian tetap, dan Unifi Mobile untuk penawaran 4G. Kini, Telekom Malaysia turut menambah satu lagi penawaran baru, iaitu Unifi Wireless Broadband.

Unifi Wireless Broadband dilihat ditujukan kepada pengguna tanpa akses talian jalur-lebar berkelajuan tinggi, tetapi ingin menggunakan rangkaian Unifi dan berkongsi bersama pengguna lain dalam sesuatu rumah.

Unifi Wireless Broadband

Unifi Wireless Broadband ini ditawarkan pada harga RM79 sebulan, dan data sebanyak 60GB ditawarkan melaluinya setiap bulan. Pengguna turut perlu membeli penghala Huawei 4G B618 Wifi Router pada harga RM599 sebelum dapat menggunakannya. Selepas kuota habis digunakan, kelajuan akan dihadkan kepada hanya 128kbps sahaja. Pengguna turut diberikan pilihan untuk membeli data tambahan pada caj tambahan.

Telekom Malaysia mengatakan penghala ini membolehkan sekitar 64 peranti dihubungkan serentak pada sesuatu masa.

Buat masa ini, hanya satu pelan sahaja yang ditawarkan dibawah Unifi Wireless Broadband. Mungkin kita turut akan melihat TM menambah beberapa pelan lain pada masa akan datang, termasuk pelan Webe yang lama.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar untuk mendapatkannya melalui TM Point berdekatan anda bermula hari ini.


TIPS & ULASAN