Ultimate Ears Mengumumkan Pembesar Suara UE Wonderboom – Hadir Dengan Rekaan Padat Dan Audio Berkualiti Tinggi

Ultimate Ears Mengumumkan Pembesar Suara UE Wonderboom – Hadir Dengan Rekaan Padat Dan Audio Berkualiti Tinggi

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Ultimate Ears ialah sebuah jenama pembuat fon kepala dan pembesar suara yang cukup terkenal, dan terkini, mereka baru sahaja mengumumkan produk terbaru mereka yang akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan ini, iaitu UE Wonderboom.

UE Wonderboom ini merupakan sebuah pembesar suara padat yang hadir dengan rekaan-rekaan yang cukup menarik sekali, dan menjanjikan kualiti audio sebaik pembesar suara yang berkali ganda lebih besar darinya. Pada ketinggian 102mm dan diameter 93mm,

Dari segi sambungan, anda boleh menyambungkan peranti anda kepada UE Wonderboom ini menggunakan Bluetooth, dan ia hadir dengan bateri yang mampu memainkan lagu-lagu anda selama 10 jam tanpa berhenti.

Ia juga hadir dengan sokongan IPX7 yang membolehkan anda menggunakan pembesar suara ini didalam air sedalam 1 meter selama sejam, dan juga boleh dicampak dari ketinggian 5 meter tanpa sebarang kerosakan dalaman.

UE Wonderboom ini juga hadir dengan rekaan warna yang agak menarik, termasuklah Stone (Kelabu), Phantom (Hitam), Fireball (Merah), SubZero (Biru), Cashmere (Merah Jambu) and Lilac.

Menurut Hot Gadgets, pengedar peranti Ultimate Ears di Malaysia, pembesar suara UE Wonderboom ini dilihat akan hadir pada bulan April, dan akan dijual pada harga RM399.


TIPS & ULASAN