Intel Coffee Lake-H Kini Rasmi – Diperkenalkan Bersama Intel Core i9 Untuk Komputer Riba

Intel Coffee Lake-H Kini Rasmi – Diperkenalkan Bersama Intel Core i9 Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Siri CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake bukanlah suatu platform yang baru. Ia mula diperkenalkan pada penghujung tahun lepas melalui CPU Intel Core i7-8800K dan juga beberapa CPU kelas atasan yang lain, bersama-sama dengan CPU Intel Core siri U yang hadir untuk peranti laptop.

Hari ini, Intel mengumumkan fasa kedua pengeluaran CPU Intel Coffee Lake, termasuklah CPU Intel Core siri U dan H terbaru mereka.

Siri CPU Intel Mobile misalnya hadir melalui CPU siri U dan juga siri H, dimana CPU siri U hadir untuk laptop yang nipis dan ringan manakala siri H pula digunakan untuk komputer riba yang memerlukan prestasi seakan-akan cip pemprosesan sebuah desktop untuk tugasan-tugasan seperti permainan komputer, realiti maya, dan penciptaan kandungan digital.

CPU Intel Coffee Lake siri H baru sahaja diumumkan kerana melalui siri ini, terdapat beberapa siri CPU baru yang cukup menarik dari Intel, dan ini termasuklah CPU Intel Core i9-8950HK dan juga Intel Core i7-8850H yang hadir dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa, sesuatu yang cukup baru di arena CPU mudah-alih buat syarikat tersebut.

CPU Intel Core i9-8950HK hadir dengan kelajuan asas 2.9GHz dan kelajuan Turbo Boost 4.8GHz, dan merupakan satu-satunya CPU didalam siri ini yang boleh di-overclock, secara penuh manakala Intel Core i7-8850H yang hadir dengan kelajuan asas 2.2GHz dan Turbo Boost 4.3GHz mempunyai had kepada kebolehan overclockingnya.

Dari segi prestasi pula, Intel berkata bahawa sistem yang dilengkapi dengan CPU Intel Core i9 terbaru ini mempunyai prestasi keseluruhan 29 peratus lebih tinggi daripada sistem yang dilengkapi dengan CPU Intel Core i7 generasi ketujuh Kaby Lake, manakala sistem yang dilengkapi dengan CPU Intel Core i7 Coffee Lake hadir dengan prestasi keseluruhan 88 peratus lebih tinggi berbanding dengan komputer daripada tiga tahun yang lalu.

Para pembuat sistem laptop seperti ASUS, MSI dan sebagainya dilihat bakal memperkenalkan laptop-laptop gaming yang hadir dengan CPU=CPU Intel Coffee Lake yang baru ini, terutamanya CPU Intel Core i9 yang baru diumumkan tadi. Kami pasti akan menunggukan laptop-laptop yang berkuasa tinggi ini.


TIPS & ULASAN