Carian
(Rasmi) Huawei P20 Berharga RM2599 Di Malaysia, Huawei P20 Pro Berharga RM3299
April 3, 2018 Aman

Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei P20 dan juga Huawei P20 Pro. Kedua-duanya boleh dibeli oleh para pengguna tempatan bermula daripada 6 April 2018 ini.

Huawei P20 hadir dengan skrin 5.8-inci RGBW LCD dengan skrin bertakuk, dijana menggunakan cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3400mAh. Huawei P20 turut menggunakan dwi-kamera belakang Leica, selain kamera hadapan 24-megapixel.

Huawei P20 Pro pula menawarkan spesifikasi yang sedikit tinggi dengan sokongan kamera yang lebih baik. Ia hadir dengan skrin 6.1-inci OLED dengan rekaan bertakuk, cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Huawei P20 Pro menggunakan tri-kamera belakang yang mengabungkan lensa 40-megapixel, 20-megapixel monokrom dan juga 8-megapixel telefoto. Ia turut menyertakan sokongan kalis air IP67.

Kedua-dua telefon pintar ini turut hadir dengan ciri rakaman gambar pada keadaan cahaya malap yang sangat baik, selain penggunaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dalam menambah-baik hasil rakaman.

Kedua-dua variasi peranti yang ditawarkan untuk pasaran tempatan hadir dengan storan 128GB. Berbeza dengan telefon pintar Huawei sebelum ini, siri P20 tidak hadir dengan sokongan mikro-SD untuk penambahan saiz storan.

Di Malaysia, Huawei P20 akan ditawarkan pada harga RM2599, sementara Huawei P20 Pro pula ditawarkan pada harga RM3299.

Huawei P20 Pro

Komen