Acer Melancarkan Kemaskini Untuk Laptop Acer Nitro 5 Dengan CPU Intel Generasi Kelapan Coffee Lake Yang Baru

Acer Melancarkan Kemaskini Untuk Laptop Acer Nitro 5 Dengan CPU Intel Generasi Kelapan Coffee Lake Yang Baru

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

Dengan kehadiran CPU-CPU mudah-alih Intel Coffee Lake yang terbaru, nampaknya para pembuat laptop juga mengambil kesempatan untuk memperbaharui laptop-laptop mereka dengan komponen baru ini.

Acer kini dilihat menaiktarafkan CPU laptop Acer Nitro 5 mereka dengan pilihan CPU Coffee Lake terbaru. Laptop 15 inci ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i7 dan Intel Core i7+ yang hadir dengan teknologi storan Intel Optane, memori DDR4 sebanyak 32GB dan juga storan SSD NVMe sebesar 512GB.

Dari segi grafik pula, laptop ini masih dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti dan ini diperbaiki lagi dengan sokongan adapter Intel Wireless-AC 9560 2×2 802.11ac yang menjanjikan prestasi permainan atas talian yang tiada tandingan.

Acer Nitro 5 terbaru ini juga hadir dengan sambungan-sambungan seperti USB 3.1 Type-C, HDMI 2.0 dan juga port LAN Gigabit Ethernet untuk memberi anda pengalaman gaming yang lebih istimewa.

Menurut pihak Acer, laptop Acer Nitro 5 ini akan hadir di pasaran Amerika Syarikat dan EMEA pada bulan Mei kelak untuk harga $749 dan €799.


TIPS & ULASAN