BlackView Umum Telefon Pintar Dengan Bateri Berkapasiti 11000mAh, – Masa Bertahan Sehingga 50 Hari

BlackView Umum Telefon Pintar Dengan Bateri Berkapasiti 11000mAh, – Masa Bertahan Sehingga 50 Hari

Diterbitkan pada Apr 3, 2018 oleh .

BlackView merupakan salah satu jenama pengeluar telefon pintar yang hadir daripada China, dan sedia menawarkan beberapa telefon pintar mereka dengan ciri-ciri unik. Paling terbaru, BlackView turut telah melancarkan sebuah telefon pintar memfokuskan kepada ketahanan bateri, dinamakan sebagai BlackView P10000 Pro.

BlackView P10000

Telefon pintar ini menyertakan bateri berkapasiti 11000mAh, sekaligus menawarkan masa penggunaan peranti yang sangat lama berbanding pelbagai telefon pintar lain dipasaran hari ini. Malah, BlackView mengatakan ia menyediakan masa bertahan sehingga 50 hari lamanya.

Untuk tujuan pengecasan, pengguna boleh menggunakan pengecas pantas 5V5A, sekaligus mengecas penuh dalam masa hanya 2 jam 25 minit.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5.99-inci, cip pemprosesan MediaTek MTK6763, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 0.3MP, selain kamera hadapan 13MP + 0.3MP.

Telefon pintar ini mungkin mempunyai golongan sasarannya tersendiri, termasuk seperti mereka yang terlibat dalam perkhidmatan seperti Uber dan sebagainya yang memerlukan peranti sentiasa aktif untuk jangka-masa panjang sepanjang hari.

BUat masa ini, ia hanya ditawarkan di China sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan diperluaskan ke pasaran global ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN