Cari @ Amanz

Siri The Ultimate Force oleh ASUS sebelum inii dikenali sebagai siri papan induk yang hadir dengan daya ketahanan yang tinggi, dan hadir dengan ciri-ciri yang cukup menarik seperti tahan habuk, haba dan sebagainya.

Siri TUF ini kemudiannya ditukar menjadi siri mampu milik oleh ASUS, dan kini nampaknya ia bakal menjadi siri gaming laptop mampu-milik oleh syarikat teknologi dari Taiwan tersebut.

Berdasarkan maklumat yang kami terima dari ASUS, laptop gaming siri TUF ini terletak dibawah siri Republic of Gamers, dan hadir dengan spesifikasi-spesifikasi gaming kelas pertengahan dan harga lebih mampu milik berbanding dengan laptop-laptop siri ROG.

Melalui siri ini, ASUS hadir dengan empat model laptop ASUS TUF FX504 yang dikuasakan oleh CPU Intel Coffee Lake H terbaru mereka, iaitu Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 4GB, pilihan storan SSD 128GB dan SSHD (Hybrid) sebesar 1TB, dan juga pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti dan NVIDIA GeForce GTX 1050.

Sama seperti laptop-laptop ASUS ROG yang menerima kemaskini CPU Intel Coffee Lake, laptop ASUS TUF FX504 ini akan hadir di pasaran tempatan pada bulan April 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd