Cari @ Amanz

Misteri mengenai telefon pintar utama LG akhirnya terjawab tahun ini apabila ia ditiriskan oleh @evleaks. Nama yang akan digunakan ialah LG G7 ThinQ dan menidakkan ura-ura bahawa nama G7 tidak akan digunakan tahun ini. Menurut laporan ETNews pula dua model  yang dihasilkan akan mula dijual pada penghujung bulan ini.

Ia juga akan menggunakan skrin bertakuk berdasarkan imej pengolokan untuk kerangka Olixar yang tertiris. Skrin peranti ini akan menggunakan teknologi M + LCD yang mengurangkan penggunaan bateri sehingga 35% berbanding LCD biasa. Penggunaan skrin bertakuk ini adalah aneh kerana dikatakan penyebab mengapa G7 tidak dilancarkan ketika acara MWC 2018 bulan Februari yang lalu.

Seperti pada Huawei P20, LG G7 ThinQ akan mempunyai mod yang memadam takuk skrin sekiranya tidak digemari oleh pemilik. Dengan penggunaan nama ini, G7 ThinQ akan mempunyai sistem kamera dengan kecerdasan buatan seperti yang ditemui pada LG V30S ThinQ.

Sumber @evleaks dan ETNews

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd